
BAHASA MELAYU UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA (MCOM)
KULLIYYAH OF LANGUAGES AND MANAGEMENT IIUM PAGOH
APA ITU
MCOM ?
Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa atau Malay Language for International Communication (MCOM) merupakan salah satu jurusan yang terdapat di Kulliyah of Languages and Management (KLM), UIAM Pagoh. Kampus ini juga menawarkan 3 kursus kepada iaitu TMGT, ENCOM, dan ARCOM. MCOM ditubuhkan pada tahun 2014 dan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM dan STPM selama 4 tahun. Kursus ini bukan sahaja berfokuskan kepada bahasa tetapi juga kepada komunikasi antarabangsa. Kursus ini direka untuk melahirkan graduan yang mempunyai tahap kecekapan komunikatif yang tinggi dalam bahasa Melayu dan kesedaran silang budaya untuk komunikasi global. Dengan pelbagai pendedahan kepada kedua-dua disiplin linguistik dan komunikasi antarabangsa, kursus ini bertujuan untuk meluaskan pengalaman antarabangsa pelajar melalui program pertukaran pelajar dan pelbagai aktiviti silang budaya. Tenaga pengajar dari dalam dan luar negara memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran yang lebih interaktif semasa proses pembelajaran.
Kursus ini mempunyai 12 jam kredit secara minimum dan 20 jam kredit secara maksimum yang perlu diambil oleh semua pelajar. Bagi melepasi syarat bergraduasi, pelajar perlu melengkapkan keseluruhan 128 jam kredit. Manakala, prasyarat pelepasan bagi kursus MCOM ialah aras 5.5 bagi Bahasa Inggeris dan aras 2 bagi Bahasa Arab. Tambahan, kursus MCOM ini juga mempunyai gabungan major-minor iaitu pelajar boleh mengambil subjek sampingan lain yang ditawarkan seperti bahasa asing, Islamic Revealed Knowledge (IRK) dan Perakaunan.

UCAPAN KETUA JABATAN MCOM
UCAPAN PENSYARAH MCOM

Dr. Suhaizi Suhaimi

Prof. Madya Dr. Faridah Nazir

Dr. Aminuddin Saimon
SENARAI PENSYARAH MCOM



Nurul Jamilah Binti Rosly
Dr. Arina Binti Johari
Dr. Julaina Binti Nopiah


Prof. Madya Dr. Faridah Binti Nazir
Dr. Aminuddin Bin Saimon

Dr. Azean Idruwani Binti Idrus



Dr. Mohd Suhaizi Bin Suhaimi
Dr. Nora'Azean Binti Nahar
Encik Ismail Bin Jaafar
nora'azean@iium.edu.my

